Sabtu, 13 Jun 2009

TESTIMONI



Sabtu, 16 Mei 2009

PERBEZAAN JENAMA LAIN


Powertune

Jenama Lain

1. Komponen dalaman: Ciri-ciri keselamatan komponen di dalamnya memenuhi kriteria standard EC dan disahkan oleh SIRIM

Alat penjimatan yang mempunyai kualiti pembuatan yang rendah boleh menyebabkan letupan apabila tempoh jangka hayat Power Saver tamat.

2. Dicipta untuk ketahanan Voltage yang tinggi sehingga 650 VAC. Oleh kerana ketahanannya, maka tempoh jangka hayatnya lebih panjang.

Kebanyakan power saver lain hanya mempunyai rekabentuk ketahanan voltage yang rendah. Tempoh jangka hayat adalah pendek.

3. Komponen khas di dalamnya diimport daripada Jerman. Filem dengan ketebalan 8µm menjamin ketahanan jangka hayat yang lebih panjang.

Kebanyakan power saver lain menggunakan ketebalan filem hanya 3-6 µm. Tempoh jangka hayat adalah pendek. Oleh sebab itu ia lebih ringan dan saiznya lebih kecil.

4. Casing Polikarbonat yang tahan lasak. Ketahanannya sehingga 128°C. Telah diuji oleh pihak PSB Singapura.

Power saver lain menggunakan bahan jenis ABS yang hanya boleh tahan sehingga 68°C sahaja.

5. Oleh kerana ia perlu dipasang selama bertahun-tahun, maka ia menggunakan kabel plug yang berkualiti tinggi dengan bahagian hujungnya dipasang dengan kemas dan ketat. Kepala pin 3 mata diimport dari Jerman dan diluluskan oleh SIRIM dan memenuhi standard CE.

Power Saver lain tidak menggunakan kabel plug sebaliknya terus kepada unit Power Saver. Ini boleh mendatangkan risiko jika power saver yang digunakan berkualiti rendah dan dipasang berterusan selama bertahun-tahun.

6. Peneraju utama dalam pasaran alat jimat elektrik seluruh dunia. Produk eksport ke seluruh dunia seperti UK, Ireland, Sepanyol, Greece, Mexico, Timur Tengah, India, Singapura, Thailand, Filipina dan banyak lagi.

Kebanyakan alat Power Saver lain diimport dari luar negara seperti China dan Taiwan. Kualiti dan ujikaji produk belum ada jaminan.

Jumaat, 15 Mei 2009

JAMINAN WANG DI KEMBALIKAN


Penting! Sila Baca

Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan

Untuk Pelanggan AlatPenjimatan.com

  1. Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak http://powertune09.blogspot.com sebagai penjual.

  2. Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai hari Khamis, 8hb. Ogos 2007.

  3. Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan powertune ini.

  4. Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian.

  5. Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan powertune secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan semasa dan sebelum menggunakan powertune dapat dilakukan secara adil.

  6. Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan powertune. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.

  7. Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan powertune dengan bil-bil elektrik bulan sebelum menggunakan powertune.

  8. Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam.

  9. Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik selepas menggunakan powertune dan 2 bulan salinan bil-bil elektrik sebelum menggunakan Power Saver kepada kami samada secara faks atau datang terus. Ini bagi membolehkan kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda.

    Hubungi kami terlebih dahulu sebelum menghantar faks untuk memastikan bil anda dapat diterima dengan sempurna.

  10. Hantarkan juga Warranty Card yang diberikan bagi memastikan anda adalah pelanggan kami.

  11. Hantarkan juga alat powertune samada secara pos atau datang terus ke pejabat kami. Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran Pos Laju dimana ia adalah cepat dan selamat sampai kepada kami.

  12. Alat powertune hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. powertune yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.

  13. Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda atau secara tunai jika anda datang terus ke pejabat kami.
  14. Saya setuju dan faham dengan syarat ini.



Rabu, 6 Mei 2009

ORDER


Anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan produk yang anda beli kerana kami menghantar pesanan anda melalui


Cepat, Dijamin Sampai & Selamat!

Ciri-ciri jaminan keselamatan penghantaran Pos Laju

• Pesanan akan terus dihantar ke alamat anda oleh posmen dalam tempoh yang dijanjikan.

• Setiap penghantaran pesanan anda akan disertakan dengan kod penghantaran yang boleh disemak status penghantarannya samada oleh anda atau pihak syarikat. Semakan boleh dibuat dengan mendail pusat khidmat pelanggan Pos Laju iatu 1300 300 300.

• Anda masih boleh menerima pesanan walaupun anda tiada di rumah asalkan ada wakil anda seperti anak-anak, isteri, orang gaji, rakan sekerja dan sebagainya. Serahan kepada wakil perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan menandatangani borang serahan.

• Setiap serahan pesanan akan anda tandatangani bagi membuktikan anda telah
menerima pesanan dengan sempurna.

• Sekiranya anda atau wakil anda langsung tiada di alamat serahan, pihak posmen akan meninggalkan nota serahan untuk anda mengambilnya di Pejabat Pos serahan.

• Pesanan yang gagal diserahkan ke alamat anda disebabkan kesilapan alamat atau alamat yang tidak lengkap atau apa jua sebab akan dikembalikan oleh Pos Laju kepada syarikat.

. Syarikat akan terus menghubungi anda untuk membuat tindakan susulan. Namun diharapkan anda memberikan maklumat yang lengkap untuk mengelakkan sebarang kesuli

PROSES PESANAN DAN PENGHANTARAN

1.) Lakukan pembayaran mengikut jumlah pesanan. Method bayaran boleh dibuat dengan 2 cara

i) Cash Deposit (ATM) atau Kaunter
ii) Online Transfer


NO MAYBANK:158163153583

Jangan lupa jika membuat bayaran secara online,teruskan email: shamsul_kancil@yahoo.com atau sms 017-5548618

Cash Deposit (ATM) atau maybank2u.com.my

2.) Setelah selesai membuat transaksi, Simpan slip bayaran dan yahoo messenger kepada :shamsul_kancil@yahoo.com atau sms 017-5548618

3.) Sms dengan segara butiran seperti berikut :
(i) Nama anda
(ii) Alamat anda
(iii) Waktu transaksi dilakukan dan amaun (RM).
(iv) Nyatakan sama ada Transaksi 'MBB'
(v) nyatakan purata bil anda sebulan
(vi) Kuantiti (Power tune) yang dimohon

Contoh SMS adalah seperti ini...
"Khairul Ikhwan, v3b-09-09 sri palma villa,
Jalan Pegawai, 09878 Alor Star, Kedah,
jam 9am MBB RM199, bil purata RM120, 1 unit, TQ ; ) "

UJIAN POWER TUNE




Apa yang anda perolehi???

Þ Penjimatan Bil elektrik sehingga 30% atau mungkin sehingga 50%

Þ JIMAT masa & wang

Þ JIMAT DUIT Anda ...

Þ Menggunakan kuasa elektrik pada kadar yang optimum

Þ Money Back Guarantee (100%) Jaminan pulangan wang sepenuhnya







SEBELUM MENGUNAKAN POWER TUNE


SELEPAS MENGUNAKAN POWER TUNE

KELULUSAN SIRIM






HARGA SEUNIT


MULA BERJIMAT DENGAN POWERTUNE




PT 01 - For Usage 250kWH - 1000kWH ( below RM299 usage) - PRICE RM228



PT 02 - For Usage 1000kWH - 2000kWH ( Above RM300 usage) - PRICE RM 268


Pakej 2:

Harga Biasa RM500

Pakej 2 Keluarga, RM228 x 2


2 Unit Power Saver untuk 2 buah rumah.

Berpakatlah dengan rakan anda untuk anda

Perolehi harga peromosi……

Kini hanya RM430 sahaja (jimat RM 70)


Jadilah Pengguna Bijak. Beli Sekarang.

Harga Promosi Ini Sementara Waktu Sahaja!

Jimat 5 Tahun, Sah Dan Selamat


DARI KILANG




KILANG POWER TUNE










SOALAN LAZIM



1.) Saya masih kurang jelas bagaimana Power Saver berfungsi?

Power Saver ini adalah satu alat khas yang mengandungi kapasitor di dalamnya. Kapasitor ini berfungsi untuk menambahkan tenaga bagi membolehkan meningkatkan peratusan power factor tanpa menjejaskan prestasi sebenar peralatan elektrik sedia ada.

Power Saver adalah dikategorikan sebagai 'gadget' atau peralatan istimewa yang boleh digunakan dengan sah dan selamat. Ia adalah sama sepertimana anda memasang TV, peti ais dan kipas angin. Tiada yang pelik pada alat ini!

Penggunaan kapasitor untuk penjimatan dan mengawal selia pembaziran tenaga adalah kaedah yang sudah lazim digunakan oleh pihak-pihak pembekal tenaga kepada pengguna seperti Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di Semenanjung, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) di Sarawak.

Perbezaannya, power saver ini adalah untuk skala penggunaan yang kecil seperti perumahan, pejabat, dan IKS iaitu penggunaan bulanan di antara 350kWH sehingga 10,000kWH sahaja.

Bukan sekadar penjimatan elektrik, ia juga berfungsi sebagai penstabil voltage dimana ia dapat mengawal kuasa yang secukupnya semasa berlaku ketidakstabilan kuasa yang dibekalkan di rumah atau premis anda.

2.) Apa fungsi penstabil voltage atau stabilizer ini?

Untuk makluman, kadar voltage yang dibekalkan di Malaysia adalah di antara 220 - 240V. Voltage ini boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Kekerapan berlakunya ketidakseimbangan voltage boleh menyebabkan mudahnya berlaku kerosakan pada alat-alat elektrik.

Dengan adanya fungsi 'stabilizer' yang dimiliki oleh power saver ini, maka ia dapat membantu mengawal voltage tersebut agar lebih konsisten seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda.

3.) Tak salah ke guna alat ini? Saya bimbang akan didakwa oleh TNB kerana mencuri elektrik.

Penjimatan kaedah Power Factor adalah cara yang disyorkan oleh ST. Ianya sah dan tidak salah disisi undang-undang. Anda bukan mencuri elektrik. Pemasangan alat ini sama seperti alat elektrik lain seperti TV, peti sejuk dan sebagainya. Anda tidak perlu mengubahsuai apa-apa. Anda tak perlu sentuh meter!

Anda harus faham bidang kuasa pihak TNB, SESB, SESCO. Sebarang alat elektrik yang dipasang di dalam rumah bukan menjadi tanggungjawab mereka. Contohnya, anda memasang TV, peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya.

Adakah anda perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu? Mereka hanya bertanggungjawab pada peralatan yang dipasang daripada meter sehinggalah ke ibu sawat. Namun pernahkah sesiapa memasang atau menganggu peralatan mereka di tempat tersebut? Mungkin ada mungkin tidak. Yang ada tu siapa ye? ..yang curi kabel! :-)

Oleh itu, adalah kesalahan besar jika anda mengubahsuai atau menggangu peralatan mereka bermula dari meter hinggalah ke ibu sawat. Saya pasti anda tentu tidak akan melakukannya.

4.) Jadi, kalau macam tu siapa yang bertanggungjawab pada alat elektrik di dalam rumah samada ia selamat atau tidak? SIRIM ke?

Pihak yang bertangungjawab sepenuhnya untuk memantau penggunaan sesebuah peralatan elektrik di dalam rumah ialah Suruhanjaya Tenaga (ST). Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bekalan Elektrik (JBE). Bukannya SIRIM!

Semua peralatan elektrik samada dari dalam atau luar negara perlu mendapat pengesahan daripada ST terlebih dahulu. Begitu juga alat elektrik yang diimport dari luar negara seperti dari negara China dan lain-lain. Mesti mendapat pengesahan ST terlebih dahulu.

5.) Power Saver ini ada pengesahan dari ST ke?

Ya, sememangnya ada. Alat ini telah mendapat pengesahan daripada ST sebelum ianya boleh dipasarkan kepada pengguna. Sebab itulah syarikat boleh memasarkannya.

Antara kandungan di dalam surat pengesahan daripada ST menyatakan bahawa alat ini adalah Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan.

6.) Apa maksudnya Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan?

ST mengkategorikan peralatan elektrik kepada 2 kumpulan iaitu Contol Item atau Barang Kawalan dan Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan.

Adalah menjadi bidang kuasa ST bahawa peralatan elektrik yang dikategorikan sebagai Barang Kawalan, sebarang pihak atau syarikat pengeluar perlu mendapatkan pegesahan daripada SIRIM terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pengguna.

Contoh barang kawalan adalah seperti TV, sterika, kipas angin, periuk nasi dan banyak lagi. Senarai barang kawalan boleh didapati dari syarikat ini yang dikeluarkan sendiri oleh ST. Barang-barang ini dapat dibezakan dengan mempunyai label (sticker) SIRIM manakala bukan barang kawalan tidak mempunyai label SIRIM tetapi sah digunakan.

Bagi barang kawalan pihak pengeluar perlu memohon kepada SIRIM dan perlu mematuhi beberapa prosidur yang telah ditetapkan oleh pihak SIRIM. Antaranya ialah dengan membuat beberapa ujikaji di SIRIM.

Sekiranya tidak berbuat demikian maka ia adalah satu kesalahan dan peralatan tersebut adalah berisiko kepada pengguna samada dari segi keselamatan atau keberkesanannya.

Namun demikian alat power saver ini adalah barang bukan kawalan yang mana secara teknikalnya tidak memerlukan pengesahan SIRIM, namun atas kepentingan dan keselamatan pengguna, alat ini juga telah dihantar untuk diuji oleh SIRIM bagi memastikan tahap keberkesanan dan keselematan penggunaannya.

7.) Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik?

Itulah tujuan alat ini dicipta. Keberkesanan alat ini telah dibuktikan daripada ujikaji yang telah dilakukan sendiri oleh pihak SIRIM. SIRIM mengesahkan ianya berfungsi sebagaimana tujuan ia dicipta dan berfungsi dengan baik.

Tambahan pula, daripada maklumbalas di kalangan pengguna yang menggunakan Power Saver ini, mereka telah memperolehi penjimatan kepada bil elektrik mereka.

Penjimatan antara 10 - 20% kebiasaannya akan direkodkan untuk penjimatan dalam keadaan biasa. Peratusan penjimatan ini bergantung kepada jenis bebanan dan penggunaan peralatan elektrik yang digunakan.

Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutamanya penggunaan berhampiran kilang-kilang dan kawasan industri dimana banyak berlaku 'power loss' pada tenaga elektrik.

Anda tidak perlu bimbang kerana alat ini dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan, maka anda boleh membuat tuntutan sekiranya tiada pengurangan bil yang direkodkan. Syarat jaminan wang dikembalikan adalah seperti yang dinyatakan di bahagian yang berkenaan.

8.) Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat ini?

Tidak, sebaliknya ia sangat digalakkan kerana alat seperti ini dapat menghasilkan 'high energy rating equipment'. Sebagai contoh, apabila anda membeli penghawa dingin atau mesin basuh baru, anda ada pilihan memilih samada mesin basuh atau penghawa dingin jenis 'high energy rating' atau 'low energy rating'.

Peralatan elektrik yang mempunyai 'high energy rating' sebenarnya akan menggunakan tenaga elektrik yang kurang berbanding peralatan yang mempunyai 'low energy rating'.

Anda boleh melihat label 'high energy rating' ini kebiasaannya pada kotak peralatan elektrik tersebut.

Namun demikian peralatan 'high energy rating' adalah lebih mahal daripada 'low energy rating'. Power Saver ini pula berfungsi sama seperti alat elektrik 'high energy rating' tersebut.

9.) Bagaimana caranya memasang alat ini?

Pemasangan Power Saver ini sangat mudah. Cuma masukkan saja plug power saver ini ke soket 13 Amp iaitu soket yang biasa di rumah atau premis anda. Pasangkan di soket yang paling dekat dengan Distribution Box (DB). Kemudian 'on'kan.

Jangan gunakan penyambungan soket tambahan atau berkongsi soket dengan plug peralatan elektrik lain apabila memasang Power Saver ini.

10.) Adakah Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan?

Tidak. Ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan pun. Anda tidak perlu melakukan apa-apa pengubahsuaian atau penggantian pada komponen alat power saver ini sepanjang tempoh penggunaan.

11.) Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik sedia ada?

Tidak perlu. Anda tak perlu buat sebarang pengubahsuaian pada litar elektrik atau DB anda. Ia sememangnya dicipta secara konsep 'plug & play'. Plug saja ke soket anda.

Ya memang ada alat penjimatan elektrik yang lain yang memerlukan anda melakukan pengubahsuaian di DB, tetapi bukan alat penjimatan power saver ini.

12.) Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty?

Ya. Oleh kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk, Power Saver ini mempunyai jaminan 12 bulan yang merangkumi 'manufacturing' atau 'material defects'.

Anda tidak perlu bimbang kerana jika alat ini tidak berfungsi seperti mana biasa dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh beli, maka kami akan gantikan dengan yang baru kepada anda.

13.) Apakah skop Jaminan 12 bulan tersebut?

Skop Jaminannya mudah. Tiada yang diselindungkan. Jika ia tidak lagi berfungsi seperti kebiasaannya, berkemungkinan terdapat komponen yang rosak di dalamnya. Salah satu tanda ialah melihat kepada lampu merah yang menyala pada Power Saver ini. Jika ia tidak menyala ketika alat ini 'on'kan, mungkin terdapat kerosakan komponen pada alat ini.

Hubungi kami dan hantarkan terus Power Saver tersebut kepada kami secara pos. Sertakan bersama resit jualan atau kad jaminan anda sebagai bukti pembelian.

Sebaik kami menerimanya, kami akan menggantikannya dengan yang baru. Tiada kos tambahan penghantaran. Ia PERCUMA!

14.) Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan 12 bulan?

Perkara berikut adalah kerosakan yang tiada dalam jaminan:-

• Jatuh - samada sengaja atau tidak.
• Diubahsuai - luaran atau dalaman.
• Kerosakan disebabkan gangguan lain seperti litar pintas atau kilat.
• Bencana alam - banjir atau gempa bumi.

Back to top

15.) Saya berminat dengan alat ini dan ingin membeli. Bagaimana caranya?

Untuk membeli sangatlah mudah. Anda boleh membeli dengan cara mengisi borang pesanan dalam laman web ini.

Bayaran boleh dilakukan secara bank-in ke Maybank atau CIMB secara online atau melalui mesin ATM.

16.) Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan, bagaimana? Ada jaminan tak?

Sistem penghantaran secara Pos Laju adalah cepat dan selamat.

Namun jika berlaku kerosakan yang disebabkan semasa penghantaran, pesanan anda adalah dilindungi. Jika ketika menerima alat ini anda merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada alat ini, sila laporkan kepada kami untuk melakukan penghantaran semula.

Hantarkan terus Power Saver tersebut kepada kepada kami secara pos. Sertakan bersama resit jualan sebagai bukti belian.

17.) Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi free dulu? Kalau berkesan baru saya beli?

Memandangkan alat ini mempunyai Jaminan Wang Dikembalikan 6 Bulan, maka cara tersebut adalah tidak praktikal untuk dilakukan.

Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat tuntutan jaminan wang dikembalikan sekiranya terbukti tiada pengurangan pada bil bulanan anda.

18.) Adakah alat ini selamat?

Ya. Alat ini dicipta mengikut standad pembuatan yang tinggi. Sila lihat komponen dan ciri-ciri keselamatan power saver ini yang dipaparkan di bawah ini:



Bagi menjamin aspek keselamatan alat ini, ia juga telah diinsurankan dengan jaminan '1 Million Product Liability Insurance'. Perlindungan insuran ini akan diperbaharui setiap tahun.

Ini bermakna anda dilindungi di bawah penggunaan alat ini dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan sebagainya yang disebabkan oleh alat ini maka anda dilindungi dengan tuntutan sehingga RM1 juta.

19.) Adakah saya perlu onkan power saver ini setiap masa?

Ya. Power saver model 188 dan 88 boleh dionkan setiap masa untuk mendapatkan penjimatan yang optimum. Jangan bimbang! walaupun ia dionkan setiap masa tetapi ia tidak akan menggunakan lebihan tenaga kerana ia telah diciptakan dengan teknologi sedemikian rupa.

Namun demikian, bagi model 388, ia perlu dioffkan sama seperti penggunaan alat elektrik lain sekiranya anda tidak menggunakan alat elektrik atau meninggalkan premis dalam tempoh yang panjang.

Perhatian: Alat ini juga menyimpan tenaga elektrik selama 10 saat selepas ianya dioffkan. Oleh itu tunggulah selama 10 saat sebelum anda mencabut plug daripada soketnya sebagai langkah keselamatan.

PEMASANGAN



























Voltage Rating:
110- 130 VAC 60 Hz
220 - 240 VAC 50 Hz
Pemasangan Mudah... Plug Dan On Sahaja.
Sesuai untuk semua negara di seluruh dunia!
Terdapat dalam 2 model plug: PT 01 dan PT 02
Cara Pemasangan Yang Teramat Mudah...
Sama Seperti Alatan Elektrik Yang Lain. Plug & On!
Plug terus di soket seperti rajah di atas. Plugkan pada soket yang paling dekat dengan kotak fius utama (Main Switch) atau dipanggil main Distributor Box (DB) di rumah atau premis anda. Jangan kongsikan soket dengan alatan elektrik lain dan tidak menggunakan 'extension cord'. Alat ini juga akan bertindak menstabilkan voltage elektrik. Justeru ia juga berfungsi menjaga jangka hayat peralatan elektrik di rumah anda.
 

Power Tune Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008